TIPS MEMANCING DI KELONG PAK NGAH PULAU JEREJAK
![]() |
KELONG PAK NGAH PULAU JEREJAK |
Admin mendapat pelbagai pertanyaan dari bakal bakal customers pak ngah, antaranya nak pakai umpan apa, ikan apa yg ada, bila time best memancing, port rahsia kat mana dan banyak lagi
![]() |
TERATAK TOK SARAH - KELONG PAK NGAH PULAU JEREJAK |
bagi customers lama, tak payah tanya lah, masing masing dah pro soal selok belok berkaitan ikan kat sini
ok kat sini, rata rata ikan yg ada semua pandai pandai makan Isi Ikan, isi ikan antara umpan yg top kat disini, hal ini dikeranakan rata rata ikan dah biasa makan isi ikan yg jatuh dibawah bawah rakit sangkar yg ada berhadapan kelong pak ngah
dan lagi, bukan sahaja ikan liar yg ada, bahkan banyak juga ikan yg terlepas dari rakit sangkar banyak berada disini, antaranya kerapu taiwan dan siakap putih, ikan bela yg terlepas, hangpa pakai isi ikan potong mmg A' larrrr... bubuh kepala ikan seketul pun dia sental semacam...
bagi yg dok aim ikan liar, elok pakai umpan udang hidup dan belanak hidup, antara ikan liar yg menjadi buruan kat sini adalah Siakap putih saiz besar, 7kg dah keatas begitu juga dgn pari...
kat sini ada pantai, bole bawa jala kalau ada, bole jala udang dan ikan belanak, tapi ikan belanak susah lah nak dapat, dan kat sini kalau air pasang, tak bole jala
maka kami nasihatkan bawa lah umpan yg secukupnya supaya tak menyesal di hari pertarungan.
selain pemilihan umpan, pemilihan tali pun penting juga, kami nasihatkan anda gunakan lah tali yg kuat sikit, kerana kita tak mau tragedi "BARA" dihati terjadi lagi, banyak yg dok dapat ikan, ikan lompat dua tiga kali, tali putus, dan lagi "BARA" ikan dah dapat, tapi tali putus depan kaki, tragedi ni kerap terjadi bagi yg 1st time mai sini, tapi yg repeat customers pun banyak jadi jgk.
antara port yg terbaik utk memancing disini ialah, "batu tenggelam timbul" masa air surut, anda pi lah duduk disitu, kat situ port Kerapu Taiwan @ kerapu rakit sangkar yg terlepas, dan kerapu liar pun banyak disitu,
tak jauh dari situ pula adalah port ikan siakap putih, kalau nak siakap putih bole lah duduk disini
manakala diatas Pondok Pak Ngah, kat situ port segala ikan, mcm mcm ikan dah naik kat situ, gerut2, sembilang, kerapu liar, kerapu taiwan, siakap putih, duri, pedukang, ketuka, senangin dan mcm mcm lagi, bergantung kpd umpan dan teknik yg digunakan
dibelakang kelong pak ngah pula, disitu port siakap merah, kalau guna rod, jgn pegang rod, selalunya ikan ni dia makan umpan bila rod tak dipegang, kalau dok pegang rod, mmg dia tak mau makan lah... ni berdasarkan pengalaman.
dan kat port baru, "pondok mak ndak" kat situ mmg ada ikan GT, pandai pandai lah hangpa mancing, waktu yg terbaik nak pancing kat sini adalah disaat "Air Besar" rasanya cukuplah dahulu tips dari barisan admin.
sekian terima kasih.
"barisan admin kelong pak ngah"
NOTE :
*INI HANYA TIPS, MUNGKIN SITUASI SEMASA MEMANCING BERBEZA
*SEGALA KEPUTUSAN TERTALUK KPD PEMANCING UTK MENGGUNAKAN UMPAN DAN TEKNIK YG DIFIKIRKAN SESUAI
![]() |
SUASANA MALAM - KELONG PAK NGAH PULAU JEREJAK |
![]() |
BERHASIL - KELONG PAK NGAH PULAU JEREJAK |
![]() |
ATAS DECK KELONG PAK NGAH PULAU JEREJAK |
![]() |
KELONG PAK NGAH PULAU JEREJAK |
![]() |
SEBELUM PULANG - KELONG PAK NGAH PULAU JEREJAK |
![]() |
MALAM - KELONG PAK NGAH PULAU JEREJAK |
SETAKAT NI SAJA, NANTI PAK NGAH UPDATE LAGI...
SELAMAT MEMANCING BAGI PARA CUSTOMER PAK NGAH.
IKLAN :
RM 100 / 4 ORANG / 8.00AM - 6.00PM / SIANG
RM 120 / 4 ORANG / 6.00PM - 8.00 AM / MALAM ( GENERATOR DAN MINYAK DISEDIAKAN )
BOOKING : 0124033725 ( OFFICE HOUR )
PAK NGAH : 0174205480
AIR PAIP
PONDOK REHAT
DAPUR DAN GAS
PERIUK
PINGGAN
CAWAN
CEREK MASAK AIR
INI SEMUA PAK NGAH SEDIAKAN
DAN YANG PALING PENTING BOLEH MANDI AIR PAIP ( AIR BUKIT )
* 4 ORANG MINIMUN PER GROUP.
*SETIAP TAMBAHAN ORANG RM 25 PER KEPALA ( SIANG ).
*SETIAP TAMBAHAN ORANG RM 30 PER KEPALA ( MALAM ).
* UMPAN TAK DISEDIAKAN.
KELONG PAK NGAH PULAU JEREJAK - KELONG TAMBANG MURAH YANG PERTAMA DI UTARA - KINI SEMUA ORANG MAMPU MEMANCING TAMPA RASA MAHAL.
DIBAWAH INI LINK FB PAGE KELONG PAK NGAH PULAU JEREJAK
https://www.facebook.com/Kelong-Pak-Ngah-Pulau-Jerejak-310489409114781/?view_public_for=310489409114781
![]() |
PETA LOKASI - KELONG PAK NGAH PULAU JEREJAK |
Comments
Post a Comment